Seramai 2,776 Remaja Di DUN Satok Sudah Divaksinasi Dos Pertama

SELASA, 14 SEPTEMBER 2021

KUCHING: Seramai 2,776 orang remaja dari konstituensi Satok divaksinasi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk golongan remaja berusia 16 dan 17 tahun di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Jalan Masjid, Dewan Majma di sini.

Pemberian suntikan vaksin jenis Pfizer yang dikendalikan oleh petugas Klinik Kesihatan Jalan Masjid itu bermula pada 10 hingga 16 September depan.

Penyelia PPV Dewan Majma, Mohammad Hafiz Ali berkata, proses vaksinasi tersebut melibatkan 15 buah sekolah menengah.

Katanya, sepanjang tiga hari operasi vaksinasi dijalankan, seramai 2,776 orang pelajar telah divaksinasi bagi dos pertama.

“Setiap janji temu untuk penerimaan vaksin adalah menerusi sekolah masing-masing dan mereka juga dinasihatkan agar sentiasa memantau jadual vaksinasi sekolah anak masing-masing.

“Ini kerana, kehadiran mengikut jadual yang telah ditetapkan adalah sangat penting bagi memastikan kelancaran proses vaksinasi,” jelasnya. -EDISI UKAS

Share
0

add comment