Tiga Kampung Jalani PKPD Di Zon Sebangan Patuhi SOP

SELASA, 14 SEPTEMBER 2021

SEBANGAN: Penduduk Kampung di tiga kampung Zon Sebangan yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) didapati mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Pasar Sebangan, Kampung Lutong dan Kampung Menek Sebangan yang melibatkan kira-kira seramai 685 orang.

Tinjauan pada Isnin mendapati keadaan terkawal di mana tiada pergerakan penduduk kampung didapati berada di luar di kawasan tersebut.

Kesemua penduduk memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan pematuhan SOP terus dilaksanakan.

Kebanyakan premis perniagaan juga turut ditutup lanjutan daripada penularan dalam komuniti.

Rondaan secara berkala telah dilakukan untuk memastikan penduduk kampung yang menjalani PKPD terus mematuhi arahan dari pihak atasan.

Terdapat dua Sekatan Jalan Raya (SJR) di kampung tersebut yang telah dikendalikan oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).-EDISI UKAS

Share
0

add comment