100 Nelayan Di Kabong Terima Bantuan Bakul Makanan

RABU, 15 SEPTEMBER 2021

KABONG: Seramai 100 ahli Persatuan Nelayan Kabong yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 menerima sumbangan bakul makanan.

Simbolik penyerahan bakul makanan itu telah disempurnakan oleh ADUN Kabong, Mohd Chee Kadir dan diiringi Pengurus Perikanan Kabong, Sahariya Tahot pada Rabu.

Ahli-ahli persatuan yang menerima bantuan meliputi kawasan Kampung Alit, Kampung Empelam, Kampung Perpat dan Kabong.

Seramai 20 ahli hadir pada majlis simbolik tersebut dan selebihnya akan dihantar terus kepada penerima.

Selepas penyerahan, Mohd Chee meluangkan masa melawat pejabat operasi perikanan Kabong. – EDISI UKAS

Share
0

add comment