ADUN Bukit Saban Salur Bantuan Dua Rumah Panjang Jalani PKPD

RABU, 15 SEPTEMBER 2021

BETONG : Dua buah rumah panjang yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Spaoh telah menerima bantuan bekalan makanan pada Rabu.

Bantuan bekalan makanan tersebut merupakan sumbangan Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Penghantaran sumbangan diselaraskan oleh Pusat Khidmat ADUN Bukit Saban dan diserahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Betong.

Sumbangan bekalan makanan berupa makanan basah kepada 42 pintu keluarga Rumah Reselie Ujih Gendup, Serudit B, Paku, Spaoh manakala tujuh pintu keluarga di Rumah Martin Ngelambong Balaka, Nanga Nanam, Anyut, Spaoh.

Dalam pada itu, Tuai Rumah bagi kedua-dua rumah panjang tersebut  menzahirkan ucapan terima kasih kepada ADUN Bukit Saban yang prihatin dengan keperluan para penduduk. – EDISI UKAS

Share
0

add comment