ADUN Kuala Rajang Bantu Penduduk Dua Rumah Panjang Jalani PKPD

RABU, 15 SEPTEMBER 2021

SARIKEI: Dua rumah panjang yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kerubong menerima bantuan bekalan makanan pada Rabu.

Bantuan bekalan makanan tersebut merupakan sumbangan Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh melalui Pusat Khidmat Kuala Rajang.

Sumbangan bekalan makanan berupa keperluan makanan asas kepada 36 pintu keluarga Rumah Panjang Puin dan 10 pintu keluarga Rumah Panjang Manggang.

Bantuan itu bertujuan untuk meriNgankan beban keluarga tersebut sepanjang pelaksanaan PKPD.

Sementara itu, ADUN Kuala Rajang berharap semua yang terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. – EDISI UKAS

Share
0

add comment