JKM Miri Hantar Bekalan Makanan Kepada Mangsa Bencana Banjir Di Tinjar

RABU, 15 SEPTEMBER 2021

TINJAR: Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri telah menghantar bantuan bekalan makanan kepada mangsa banjir di kawasan Tinjar pada Selasa.

Penduduk yang tinggal di tebingan Sungai Tinjar telah dilanda bencana banjir selama beberapa hari pada awal bulan September 2021 yang lalu.

Sejumlah 1,041 bungkus bantuan makanan telah diagihkan kepada penduduk yang terkesan di beberapa buah kampung.

Antara kampung yang terlibat dan menerima bantuan tersebut ialah Kampung Long Teran A, Kampung Long Teran B, Kampung Long Teran Kiri, Kampung Long Teran Batu, Sekolah Kebangsaan (SK) Long Teran, Klinik Kesihatan Long Teran, Rumah Jarau Ponyang Long Tabing, Rumah Guyang Kampung Kweni dan Rumah Banyah Sungai Sebubu.-EDISI UKAS

Share
0

add comment