RABU, 15 SEPTEMBER 2021
LUBOK ANTU: Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) Batang Ai menghulurkan sumbangan bakul makanan kepada penduduk Rumah Gawang, Kaong Ili pada Rabu.
Penerima bantuan melibatkan 179 orang penduduk rumah panjang yang menjalani pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 10 September lepas hingga 23 September ini.
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ditugaskan untuk mengawal laluan utama ke kawasan tersebut.
Penghulu Johnson Tampa mewakili penduduk Rumah Gawang merakamkan penghargaan kepada JKM dan SEB Batang Ai atas sumbangan yang diberikan. –EDISI UKAS