MBM Terima Anugerah Emas, Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri Sarawak (CMEA) Ke-9

RABU, 15 SEPTEMBER 2021

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah menerima Anugerah Emas bagi Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri Sarawak ke-9 (CMEA) 2019/2020 di bawah kategori Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Bandaraya) di atas usaha dalam melindungi alam sekitar.

Setiausaha Bandaraya, Morshidi Fredrick telah mewakli MBM bagi menerima anugerah tersebut.

Selain daripada itu, AP Mega Jaya Sdn. Bhd pula menjadi juara di bawah kategori Kedai Makan dan Kedai Makanan Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Bandaraya).

Anugerah tersebut telah disampaikan kepada para pemenang semasa upacara penyampaian CMEA yang diadakan pada 13 September 2021 di Kuching oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Majlis penyampaian anugerah untuk Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri Sarawak (CMEA) 2019/2020 dianjurkan bersama oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF).

Anugerah ini adalah program dwi-tahunan yang dianjurkan untuk mengiktiraf usaha dan komitmen industri tempatan, pihak berkuasa tempatan dan individu yang telah menunjukkan keprihatinan terhadap perlindungan alam sekitar.-EDISI UKAS