Penduduk Terjejas PKPD Terima Bantuan Bakul Makanan Sentuhan Rohani

RABU, 15 SEPTEMBER 2021

SEBUYAU: Pusat Khidmat Parlimen Batang Lupar telah menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada penduduk di DUN Sebuyau yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Rabu.

Sebanyak 179 pek bakul makanan telah diserahkan oleh wakil Ahli Parlimen Sebuyau, Chachill Kimlen kepada Ketua Masyarakat mewakili setiap kampung bagi meringankan beban.

Inisiatif ini dijalankan agar penduduk-penduduk di kampung berkenaan tidak terputus bekalan makanan sepanjang PKPD sejak 10 September sehingga 23 September 2021.

Antara kampung yang terjejas akibat PKPD adalah Kampung Baru Sebuyau, Kampung Hilir Baru Sebuyau dan Kampung Jalan Giat Mara Sebuyau.

Dalam pada itu, rata-rata semua penerima bantuan berterima kasih kepada Ahli Parlimen Sebuyau, Dato Sri Rohani Abdul Karim atas keprihatinan beliau.-EDISI UKAS

Share
0

add comment