PKRC Kanowit Terima Sumbangan Dari ADUN Machan, Ngemah

RABU, 15 SEPTEMBER 2021

KANOWIT: Masalah kurang selesa di Pusat Kuarantin Dan Rawatan COVID-19 Kanowit (PKRC) mendapat prihatin dua wakil rakyat di kawasan tersebut.

Pada Rabu, ADUN Machan, Allan Siden Gramong dan ADUN Ngemah, Alexander Vincent tampil menyumbang 100 tilam dan 100 bantal untuk kegunaan di PKRC berkenaan.

Sumbangan tersebut berikutan kes COVID-19 yang semakin meningkat di kawasan Kanowit baru-baru ini serta aduan yang telah diterima oleh pihak Pusat Khidmat PBB N.50 Machan mengenai keadaan kurang selesa di PKRC Kanowit.

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh PTK Kawasan ADUN Machan Sonny Terrance, Ketua Pemuda N.50 Brendan Ullok, Pemancha Melaka Rimba dan Penghulu Kawasan Machan, Penghulu Charlie Salang.

Manakala penyerahan daripada pihak ADUN Ngemah disempurnakan Penghulu Ron, Kaunselor Simon Bida dan Kaunselor Sulaiman.

Wakil menerima bagi pihak PKRC Kanowit adalah Sister Jita Nangai.

Dalam pada itu, mereka yang berhasrat untuk membuat aduan disarankan agar menggunakan saluran yang betul kepada pihak pihak yang bertanggungjawab agar dapat diselesaikan dengan cara yang betul dan hakiki. – EDISI UKAS

Share
0

add comment