SABATI Terima Sumbangan RM50,000 Daripada Petronesa Bagi Tabung Bantuan COVID-19

RABU, 15 SEPTEMBER 2021

KUCHING: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri Isteri (SABATI) telah menerima sumbangan berjumlah RM50,000 untuk Tabung Bantuan Covid-19 daripada Petronesa Sendirian Berhad.

Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Presiden SABATI yang juga Isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang oleh Pengerusi Petronesa, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki di pejabat SABATI di sini pada Rabu.

Datuk Patinggi Datuk Amar Juma’ani kemudian menzahirkan penghargaan atas keprihatinan Petronesa dalam membantu rakyat ketika pandemik COVID-19.

Hadir sama, isteri-isteri Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Datin Dr. Zaliha Christine Abdullah dan Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin. -EDISI UKAS

Share
0

add comment