Sarawak Rekod 463 Tangkapan Menerusi 363 Operasi MIDS Pada Ogos Lepas

RABU, 15 SEPTEMBER 2021

KUCHING:  Sebanyak 363 operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan dalam Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) sepanjang Ogos lepas.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, menerusi operasi itu, Sebanyak 463 tangkapan telah direkodkan.

“Sebanyak 463 tangkapan telah direkodkan antaranya 57 adalah melibatkan pengedaran, 119 memiliki dadah dan substance manakala 287 individu yang disaring positif urin.

“Jumlah tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 28.98 peratus berbanding dengan tangkapan dalam bulan julai 2021,” jelas beliau dalam satu sidang media di pejabatnya di Bangunan Baitul Makmur II di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Dato Sri Fatimah memberitahu, sejak Januari 2021 Sarawak merekodkan sebanyak 5,415 tangkapan berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah dan substance hasil daripada 4,248 operasi yang dijalankan.

Sementara itu, beliau menyeru supaya komuniti di Sarawak terus berganding bahu serta bekerjasama membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah dan substance di negeri ini. -EDISI UKAS

Share
0

add comment