Tan Sri James Masing Serah Cek MRP RM3,170,500 Kepada Pelbagai Penerima

RABU, 15 SEPTEMBER 2021

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) RM3,170,500 bagi tahun 2021 kepada penerima dari luar kawasan N.64 Baleh di pejabatnya pada Rabu.

Beliau memberitahu, cek MRP fasa pertama berjumlah RM1.8 juta telah disampaikan kepada 91 Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) pada bulan Jun lepas di Kapit.

“Untuk penerima cek MRP fasa kedua kali ini melibatkan 39 JKKK berjumlah RM461,500, manakala 87 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), persatuan, kelab dan biro wanita menerima cek MRP berjumlah RM909,000,” katanya.

Tan Sri James memaklumkan majlis penyerahan cek tersebut diadakan secara ringkas dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. –EDISI UKAS

Share
0

add comment