UKAS Bahagian Sri Aman Edar Bendera Malaysia & Sarawak, Semarak Kemerdekaan & Hari Malaysia

RABU, 15 SEPTEMBER 2021

SIMANGGANG: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Bahagian Sri Aman berkesempatan menyantuni ahli jawatankuasa kemajuan dan keslamatan kampung di kawasan Simanggang dengan mengedarkan Bendera Malaysia dan Sarawak sempena program Ziarah UKAS Semarak Merdeka.

Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti merangkap ADUN Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis hadir sama bagi melakukan penyerahan bendera tersebut dengan pelitup muka, cecair pembasmi kuman, cecair pencuci tangan dan juga alat tulis serta buku.

Pengedaran kit tersebut adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dan Hari Malaysia di Bandar Simanggang. -EDISI UKAS