KHAMIS, 16 SEPTEMBER 2021
KUCHING: Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof memberikan sumbangan kepada penduduk di kawasan DUN Samariang pada Selasa.
Bantuan tersebut disampaikan kepada Ketua Masyarakat Dan Ketua Kampung (KMKK) termasuk Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kawasan tersebut untuk diagihkan kepada penduduk yang terlibat dengan pelaksanaan kuarantin.
Penyerahan bantuan disampaikan oleh Pusat Khidmat Petra Jaya bagi mewakili Dato Sri Fadillah. –EDISI UKAS