UKAS Semarakkan Sambutan Hari Malaysia, Anjur Pertandingan Libat Golongan Belia

JUMAAT, 17 SEPTEMBER 2021

DARO: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) menyemarakkan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini dengan menganjurkan Program Ziarah UKAS (Semarak Merdeka) secara sederhana dan memberi makna kepada rakyat.

Dengan kerjasama SABERKAS Cawangan Daro, Pertandingan Virtual Beyblade dan PUBG Online telah diadakan di Medan Selera Daro pada Khamis.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Tanah Besar Daro, Penghulu Yusuf Bakeri kepada para pemenang.

Dalam pada itu, bendera Malaysia dan Sarawak turut diagihkan kepada setiap gerai yang ada disitu.

Walaupun disambut sederhana namun penganjuran aktiviti dan partandingan yang melibatkan golongan belia ini dapat mengingatkan golongan ini mengenai Hari Malaysia.-EDISI UKAS