ADUN Simunjan Lawat Dua Tapak Projek IRSDA

SABTU, 18 SEPTEMBER 2021

SIMUNJAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris melakukan lawatan ke dua buah tapak projek di bawah peruntukan Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu (IRSDA) pada Sabtu.

Beliau memulakan tinjauan ke tapak projek membina baharu jeti Simunjan River Cruise bernilai RM500,000 yang terletak bersebelahan dengan Esplanade Simunjan.

Seterusnya lawatan diteruskan ke tapak projek membina baharu Plank Walk Simunjan juga bernilai RM500,000 yang terletak di Kampung Kelka.

Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Samarahan dan Majlis Daerah Simunjan dilantik sebagai agensi pelaksana bagi kedua-dua projek tersebut. –EDISI UKAS