PKPD: Tabung Baitumal Samarahan Serah 204 Pek Bantuan Makanan Kepada Tiga Kampung

SABTU, 18 SEPTEMBER 2021

KOTA SAMARAHAN: Tabung Baitumal Samarahan menyerahkan sumbangan kepada penduduk yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Jumaat.

Agihan 204 pek bantuan makanan tersebut melibatkan penduduk dari Kampung Hilir Baru Sebuyau, Kampung Baru Sebuyau dan Kampung Jalan Giat Mara Sebuyau.

Penyerahan bantuan disampaikan oleh Ketua Cawangan Tabung Baitumal Samarahan, Norzahan Bahani kepada Penghulu Abu Seman bagi mewakili Ketua Masyarakat kampung berkenaan.

Sumbangan bantuan makanan turut diserahkan kepada petugas barisan hadapan sebagai tanda penghargaan dan sokongan dalam menjalankan tugas mereka.

Penghulu Abu Seman mewakili penduduk setempat merakamkan penghargaan kepada pihak Tabung Baitumal Samarahan atas sumbangan yang diberikan bagi meringankan beban penduduk menjalani pelaksanaan PKPD. – EDISI UKAS