Projek RTP RM200,000 Bina Baharu Jalan Nano Siap Sepenuhnya

SABTU, 18 SEPTEMBER 2021

TEBEDU: Projek pembinaan jalan tani baharu ke kawasan Nano menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) sepanjang 800 meter telah siap sepenuhnya.

Projek RTP bernilai RM200,000 tersebut merupakan di bawah peruntukan Ahli Parlimen Serian merangkap , Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur Jepun, Taiwan dan Korea Selatan, Dato Sri Richard Riot Jaem.

Menurut pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran Sarawak (DID), pelaksanaan projek berkenaan mampu disiapkan dalam tempoh kurang daripada tiga bulan.

Penduduk setempat merakamkan penghargaan kepada Dato Sri Richard atas keprihatinan membina jalan tani baharu bagi kemudahan pekebun dan petani di kawasan luar bandar. –EDISI UKAS