Seramai 188 Orang Penduduk Tringgus Jalani ACD

SABTU, 18 SEPTEMBER 2021

BAU: Seramai 188 orang penduduk dari kawasan Tringgus menjalani ujian saringan COVID-19 menerusi operasi pengesanan kes aktif (ACD) pada Sabtu.

Kesemua mereka yang terlibat adalah dari Kampung Tringgus Matan Nguan, Kampung Tringgus Rabak Rotan dan Kampung Tringgus Bong.

Menerusi ACD itu, sebanyak 122 sampel telah diperoleh oleh 34 petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau dan dibantu enam petugas makmal Kuching.

Turut dikesan, seramai 23 orang yang mempunyai kontak rapat, manakala seramai 124 orang lagi yang bergejala.

Tinjauan yang dilakukan juga mendapati proses ACD berjalan lancar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. -EDISI UKAS