ADUN Lingga Serah Bantuan Makanan Kepada 24 Keluarga Yang Jalani Kuarantin

AHAD, 19 SEPTEMBER 2021

SIMANGGANG: Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Lingga meneruskan lagi penyerahan bantuan bakul makanan kepada 24 keluarga yang telah diarahkan kuarantin kendiri.

Pada Sabtu, sebanyak 24 bakul makanan disumbangkan oleh ADUN Lingga, Simoi Peri dan di antara penerima sumbangan tersebut merupakan penduduk lapan pintu di Rumah Panjang Tr. Sang, Seduku Tengah Lingga, tujuh sekeluarga di Kampung Pruan Sri Aman dan sembilan sekeluarga di Kampung Haji Undom, Hilir Sri Aman.

Penyerahan bantuan bakul makanan daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Lingga itu adalah bagi membantu meringankan beban mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Ahli Majlis Daerah Sri Aman, Kaunselor Kunjang Nanang telah melakukan penyerahan bantuan makanan itu mewakili ADUN Lingga. -EDISI UKAS