AHAD, 19 SEPTEMBER 2021
KUCHING: Seramai 1,821,836 individu atau sebanyak 89.2 peratus populasi dewasa di Sarawak telah lengkap divaksinasi setakat 18 September 2021.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dalam satu infografik pada Sabtu turut memaklumkan, seramai 1,948,531 individu di negeri ini sudah menerima satu dos vaksin.
Manakala, secara kumulatif di negara ini, seramai 18,295,014 individu atau 78.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19. -EDISI UKAS