3 Buah Keluarga B40 DUN Piasau Terima Sumbangan Makanan SBEU

ISNIN, 20 SEPTEMBER 2021

MIRI: Tiga buah keluarga B40 dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau menerima bantuan makanan sumbangan  Sarawak Banker Employers’ Union (SBEU).

Sumbangan makanan ini telah diserahkan Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Sebastian Ting Chiew Yew di Pejabat SBEU pada Ahad. 

Menurutnya, SBEU akan mengenal pasti keluarga yang memerlukan bantuan dan membantu sama ada dengan sumbangan bakul makanan atau bantuan kewangan. 

“Pada hari ini Pusat Khidmat DUN Piasau turut serta dalam program ini dengan penyerahan tiga bakul makanan kepada golongan B40 yang memerlukan,” katanya.

Pelaksanaan program ini membabitkan seluruh Sarawak bagi membantu dan menyantuni golongan yang terkesan akibat penularan wabak pandemik COVID-19 sejak awal tahun 2020.-EDISI UKAS