Arahan PKPD Di Tiga Kampung Dilanjutkan Sehingga 24 September Ini

ISNIN, 20 SEPTEMBER 2021

SERIAN: Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Mentu Mawang, Kampung Mentu Pondok dan Kampung Mentu Tapu dilanjutkan mulai hari ini sehingga 24 September depan.

Ia susulan terdapat jangkitan kes COVID-19 yang agak tinggi di kalangan penduduk di ketiga-tiga kampung.

Sementara itu, tinjauan mendapati para petugas barisan hadapan melakukan kawalan di tiga sekatan jalan raya di kampung-kampung terbabit bagi mengawal pergerakan masuk dan keluar di situ.

Ketua Kaum Kampung Mentu Mawang, Polus Gahat ketika dihubungi memberitahu, penduduk kampung berterima kasih dengan pelbagai pihak yang menyumbangkan bekalan makanan kepada mereka sepanjang PKPD.

Katanya, penduduk kampung juga diminta untuk terus bersabar sehingga perintah kuarantin berkenaan ditamatkan. -EDISI UKAS