ADUN Pantai Damai Sumbang Kerusi Roda Kepada Warga Emas Di Bintawa Hilir

SELASA, 21 SEPTEMBER 2021

KUCHING: Prihatin dengan seorang warga emas yang memerlukan di Bintawa Hilir, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) merangkap Menteri Muda Utiliti Sarawak (Bekalan Air), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi turun padang menyantuni keluarga tersebut pada Isnin.

Dalam lawatan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada Rapiah Japar yang menghidap penyakit strok sejak tiga tahun lalu.

Datuk Dr Abdul Rahman memaklumkan sumbangan itu adalah untuk memudahkan pergerakan Rapiah terutamanya melakukan pemeriksaan di klinik. –EDISI UKAS