ADUN Meradong Tinjau Masalah Perparitan Taman Foh Pin, Bintangor

RABU, 22 SEPTEMBER 2021

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing telah turun padang bagi meninjau masalah sistem perparitan di Taman Foh Pin, Bintangor pada Selasa.

Terdahulu, penduduk taman perumahan itu mendakwa terdapat air bertakung dalam parit tersebut dan memberi risiko kepada pembiakan nyamuk.

Selain itu, terdapat sebahagian parit telah pecah dan permukaan tanah turut mendap yang menyebabkan air masuk ke dalam rumah apabila belakunya air pasang.

Datuk Ding berharap Jabatan Pengairan dan Saliran dapat menyelesaikan isu yang menimpa penduduk Taman Foh Pin itu.

Beliau juga menambah, parit di hadapan rumah penduduk akan dinaiktaraf pada tahun hadapan menerusi peruntukan daripada Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ). -EDISI UKAS