ADUN Repok Sempurnakan Simbolik Penyerahan Bantuan Baucer Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak 2021

RABU, 22 SEPTEMBER 2021

SARIKEI : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii telah menyempurnakan simbolik Majlis Penyerahan Baucer Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak Tahun 2021 di Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sarikei, pada Rabu.

Seramai 2000 orang pelajar layak menerima baucer bantuan pakaian seragam Yayasan Sarawak khas untuk anak-anak golongan B40 bagi Bahagian Sarikei untuk meringankan beban mereka.

Manakala, seramai 500 pelajar di Sarikei iaitu seramai 312 pelajar untuk sekolah rendah tahun 1 serta seramai 188 pelajar untuk Sekolah Menengah Tingkatan 1 dan peralihan.

Difahamkan, terdapat lapan pembekal pakaian seragam sekolah bahagian Sarikei iaitu Everwin Economic, Everwin Economic Mart SDN BHD, Winner Enterprise, Wearhouse, The Sport Shop, Kai Win Daily Good Trading, 88 Fashion Trading Co dan Syarikat Hup Lee Trading.

ADUN Repok turut mengingatkan, penggunaan baucer bantuan pakaian seragam Yayasan Sarawak seharusnya digunakan sebaik yang mungkin serta memeriksa terlebih dahulu nilai baucer dan pilih pembekal yang menawarkan kualiti barangan yang terbaik.

Beliau turut berharap agar bantuan pakaian seragam ini akan meringankan beban keluarga yang terlibat dan supaya anak-anak yang menerima bantuan ini lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah.

Yayasan Sarawak telah melaksanakan banyak program pendidikan sejak tahun 1971 untuk memastikan setiap anak Sarawak terutama dari keluarga yang kurang berkemampuan mempunyai peluang sama untuk meneruskan pendidikan mereka sehingga peringkat tertinggi.-EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia