PKPD: 19 KIR Terima Bantuan Makanan Di Rumah Mangku, Sungai Ketoh Engkilili

RABU, 22 SEPTEMBER 2021

ENGKILILI: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Engkilili memberikan sumbangan bantuan makanan kepada penduduk Rumah Mangku, Sungai Ketoh pada Rabu.

Penerima bantuan melibatkan 19 Ketua Isi Rumah (KIR) rumah panjang tersebut yang sedang menjalani pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi memastikan pelaksanaan PKPD berjalan dengan lancar.

Penduduk rumah panjang merakamkan penghargaan kepada Parti PBB Cawangan Engkilili atas sumbangan yang diberikan bagi meringankan beban mereka. –EDISI UKAS