732 Anak Anggota ATM, MINDEF Mula Terima Suntikan Vaksin COVID-19

KHAMIS, 23 OKTOBER 2021

KUCHING : Seramai 732 remaja berusia 12 hingga 17 tahun terdiri daripada anak-anak anggota Tentera Darat Malaysia (ATM) dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan (MINDEF) di Sarawak mula menerima suntkan vaksin COVID-19 pada Khamis.


Menurut Penolong Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Markas 1 Divisyen Infantri, Kolonel Dr Meor Adzahary Sagiruddin, program vaksinasi tersebut diadakan di Rejimen Ke-4 KOR Armor Diraja di Kem Penrissen dengan menggunakan konsep pandu lalu.


Jelas beliau, pihaknya menjangkakan kesemua 1200 anak-anak anggota dan kakitangan awam MINDEF lengkap divaksin pada 14 Oktober depan.
Tambahnya, sebanyak empat lokasi pemberian vaksin hari ini ialah di Kem Penrissen Kuching, Kem Oya Sibu, Kem Pakit Sri Aman dan Kem Similajau, Bintulu.

“Hari ini bertempat di Rejimen Ke-4 Kor Amor Diraja, Kem Penrissen, kita akan beri suntikan kepada 732 anak-anak anggota dan kakitangan awam MINDEF bermula jam 8.30 pagi dan dijangka selesai jam 2 petang menggunakan konsep pandu lalu.


“Selebihnya, kita ada buka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu di Kem Oya, Sibu dan beberapa PPV statik di Sri Aman, Bintulu dan Miri,” katanya ketika ditemuramah UKAS pada Khamis.


Difahamkan, program vaksinasi hari ini bermula serentak kecuali di Miri yang akan dilaksanakan pada Jumaat melibatkan 36 anak anggota tentera darat dan awam MINDEF. – EDISI UKAS