KHAMIS, 23 SEPTEMBER 2021
PAKAN: Prihatin dengan beban penduduk 17 buah panjang yang sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawam Ikom telah tampil menghulurkan sumbangan makanan.
Sumbangan tersebut telah dihantar wakil beliau dari Pusat Khidmat DUN Pakan, pada Selasa kepada penduduk Rh Suie, Berasok Pakan, Rh John Ukok, Lemujan, Rh Ganda, Manding, Rh Andrew, Jagoi, Rh Andrew Ungun Darau, Rh Barak, Nyalak Ili, Rh Minang, Batu 2 dan Rh Lawang, Sungai Kura.
Sumbang diteruskan kepada penduduk sembilan buah rumah panjang lagi pada Rabu dan turut disertai Tan Sri William Mawan sendiri.
Penduduk yang menerima sumbangan adalah dari Rh Jambai, Nunggang, Rh Ningkan, Batu 4, Pakan, Rh Mancha, Sugai, Rh Remang Sungai Pudang, Rh Joseph, Ulu Marau, Rh Richard Dom, Lubuk Graji, Rh Panggau, Munggu Empelam, Rh Eli, Kerangan Langgir dan Rh Kadam, Sungai Buluh.
Tuai rumah yang mewakili penduduk terlibat menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri William Mawan di atas keprihatinan beliau yang menyumbang bekalan makanan semasa penduduk menjalani arahan PKPD. -EDISI UKAS