ADUN Pakan Tinjau Tapak Projek Rumah Baharu Unau, Ulu Wak

KHAMIS, 23 SEPTEMBER 2021

PAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom telah turun padang bagi meninjau projek merata tapak rumah baharu Rumah Unau di Ulu Wak, Pakan.

Lawatan beliau turut disertai Penolong Jurutera, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei, Robert Gani Silang pada Selasa.

Projek tersebut dilaksanakan di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Objektif lawatan adalah bagi memastikan tapak projek tersebut dijadikan tempat pembinaan rumah baharu penduduk Rumah Unau. -EDISI UKAS