KHAMIS, 23 SEPTEMBER 2021
SIMUNJAN: Dua projek penyelenggaraan sungai dan projek penyelenggaraan ban serta tali air di Kampung Selangking telah siap sepenuhnya.
Majlis penyerahan projek siap tersebut telah disempurnakan oleh Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Samarahan Mohd Othman Batni kepada Ketua Kampung Selangking Zainudding Bojeng di Kampung tersebut pada Khamis.
Projek penyelenggaraan Sungai Kampung Selangking yang sepanjang 4.82 kilometer telah dilaksanakan dengan nilai projek sebanyak RM61,971.70.
Manakala projek penyelenggaraan ban serta tali air Kampung Selangking yang sepanjang 800 meter telah dilaksanakan dengan kos sebanyak RM82,676.65.
Untuk rekod, kedua-dua projek itu di bawah peruntukan Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA). –EDISI UKAS