Petugas Pejabat Daerah Samarahan Lawat Tapak Projek Siap PPRT Fasa 1

KHAMIS, 23 SEPTEMBER 2021

SAMARAHAN: Petugas Pejabat Daerah Samarahan melakukan tinjauan tapak pengesahan projek siap Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Fasa 1 bagi kawasan Daerah Samarahan pada Khamis.

PPRT menerusi pelaksanaan Program Baik Pulih bernilai RM15,000 untuk sebuah rumah bagi golongan kurang berkemampuan itu melibatkan lima rumah di kawasan Samarahan.

Projek PPRT tersebut juga merangkumi rumah di Kampung Merdang Lumut, Kampung Bukit Berangan, Kampung Pangkalan Kuap dan Kampung Batu Perak, Samarahan.

Turut hadir ialah Pegawai Tadbir Daerah Samarahan, Lim Kiew Leng dan Penolong Jurutera Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Samarahan, Dayang Kok Mastura Awang Ahmad dan Sayed Pauzi Wan Hassan.–EDISI UKAS