Program Ziarah UKAS Santuni Veteran ATM Cawangan Sri Aman

KHAMIS, 23 SEPTEMBER 2021

SRI AMAN: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Bahagian Sri Aman meyantuni para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersempena dengan Program Ziarah UKAS di Dewan Masyarakat Gua pada Rabu.

Program tersebut bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan dan Hari Malaysia di kawasan Bukit Begunan sekaligus memberi kesedaran mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Dalam pada itu, pihak UKAS turut menyampaikan kit bendera Malaysia dan Sarawak termasuk keperluan seperti pelitup muka, cecair pembasmi kuman, cecair pencuci tangan serta alat tulis kepada para veteran ATM dan Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan berkenaan. –EDISI UKAS