Penduduk Rumah Panjang Perlu Amal Norma Baharu: ADUN Pakan

JUMAAT, 24 SEPTEMBER 2021

PAKAN: Penduduk di rumah panjang tidak terkecuali untuk menerima norma baharu demi kebaikan dan mengurangkan kadar jangkitan wabak COVID-19 di kawasan pedalaman.

Menurut ADUN Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom, budaya kehidupan di rumah panjang yang diamalkan sebelum ini perlu diubah untuk tujuan itu.

Bercakap semasa Program Bengkel Kepolisan Komuniti Daerah Pakan 2021 di Pakan pada Khamis, tambahnya juga, kes positif COVID-19 di daerah Pakan turut meningkat sejak kebelakangan ini.

Justeru katanya, Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung (KMKK) memainkan peranan penting membantu kerajaan menyampaikan maklumat dan melaksanakan norma baharu di rumah panjang.

Sementara itu, program yang dihadiri KMKK dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) itu menekan tiga pekara utama iaitu punca dan langkah pencegahan COVID-19, memantapkan kepolisan komuniti dan pematuhan SOP menangani pandemik COVID-19 dan memperkasa tadbir urus KMKK dan JKKK. -EDISI UKAS