ADUN Machan Tinjau Program Pemberian Vaksin Remaja

SABTU, 25 SEPTEMBER 2021

KANOWIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong meluangkan masa pada Sabtu meninjau Program Pemberian Vaksin untuk murid-murid sekolah bertempat di Dewan Pejabat Daerah Kanowit.

Seramai 400 pelajar berusia 12 hingga 15 tahun menghadirkan diri untuk menerima suntikan pertama vaksin.

Program pemberian vaksin itu akan diadakan selama enam hari bermula pada hari ini. – EDISI UKAS