Semua Kaum Terima Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Dan Biasiswa Sekolah Yayasan Sarawak

SABTU, 25 SEPTEMBER 2021

BINTULU: Selain bantuan pakaian seragam, Yayasan Sarawak juga mengadakan pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar sekolah dalam membantu mereka yang memerlukan. 

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri (Integriti & Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, pemberian biasiswa ini diberikan kepada pelajar dari semua kaum di Sarawak.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Yayasan Sarawak yang juga Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg yang menyatakan program dan bantuan biasiswa akan diteruskan.

“Malah, sejak mengambil alih Yayasan Sarawak Ketua Menteri telah mengubah perjanjian dan menambahkan dana Yayasan Sarawak,” katanya semasa berucap dalam Simbolik Penyerahan Baucer Pakaian Seragam Yayasan Sarawak Tahun 2021 DUN Jepak  di Pejabat Daerah Bintulu pada Jumaat. 

Seramai 499 pelajar daripada 13 buah sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak menerima manfaat bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak dengan kos keseluruhan berjumlah RM99,800. 

Mereka yang menerima bantuan ini terdiri daripada e-Kasih, Orang Kurang Upaya (OKU), orang Penan, pelajar tahun satu dan pelajar tingkatan satu. 

Tambah Datuk Talib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, dalam Skim Yayasan Sarawak ini tidak ada orang yang ketinggalan dalam mendapatkan bantuan sama ada pakaian seragam dan biasiswa sekolah. 

“Kalau memerlukan pakaian seragam, ada diberikan pakaian seragam, begitu juga dengan biasiswa sekolah, ada diberikan biasiswa sekolah. 

“Harapan saya, anak-anak kita mengambil peluang ini untuk berjaya. Yayasan Sarawak adalah kepunyaan kita,” tambahnya. 

Turut sama hadir Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid, wakil Residen Bahagian Bintulu Harun Hatta, wakil Pejabat Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Stanley Oliver Tinggie dan Pegawai Pegawai Pendidikan Daerah Tatau dan Sebauh Samri Suhaili.-EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia