48 Penduduk Kampung Segong Jalani Ujian Calitan COVID-19

AHAD, 26 SEPTEMBER 2021

BAU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau melakukan ujian calitan COVID-19 terhadap individu kontak rapat bergejala dari Kampung Segong di sini pada Ahad.

Seramai 48 orang penduduk dari kampung tersebut tampil dalam operasi pengesanan kes secara aktif (ACD) COVID-19 tersebut.

Daripada jumlah tersebut seramai 35 orang menjalani ujian calitan untuk diambil sampel bagi mengesan sama ada mereka positif COVID-19 atau sebaliknya.

Proses ACD tersebut melibatkan seramai 32 orang petugas kesihatan dari PKD Bau, manakala lima orang lagi dari makmal Kuching.

Petugas lain yang turut membantu sepanjang proses pelaksanaan ACD tersebut adalah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Segong. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia