AHAD, 26 SEPTEMBER 2021
BAU: Kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Pertanian Bahagian Kuching telah menyerahkan bantuan jentera pertanian berupa mesin pemotong rumput kepada para petani dari kawasan Tasik Biru.
Simbolik penyerahan telah dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep bertempat di Dewan Kampung Daun Singai pada Sabtu.
Seramai 94 penerima mesin yang bernilai RM1,000 bagi setiap unit itu terdiri daripada para peserta di bawah dana fasilitasi pertanian (AFF) bagi tahun 2020.
Turut hadir dalam program tersebut adalah Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, Charles Chad Nissom, Pegawai Pertanian Bahagian Kuching, Chong Mui Sia dan Penolong Pegawai Pertanian Menguasa Pejabat Pertanian Daerah Bau, Dilah Ahtia. -EDISI UKAS