498 Remaja 12 hingga 15 tahun Sertai PICK Di Bintangor

ISNIN, 27 SEPTEMBER 2021

BINTANGOR: Seramai 498 remaja 12 hingga 15 tahun di sekitar Bintangor mula menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada Ahad.

Program dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Bintangor itu kebanyakannya merupakan pelajar SMK Tong Hua dan SMK Bandar Bintangor.

ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing yang turut meninjau program itu merakamkan terima kasih kepada pihak PPD Daerah Meradong, SMK Tong Hua dan SMK Bandar Bintangor kerana memainkan peranan amat penting dalam mengalakkan ibu bapa membawa anak mereka untuk menerima suntikan vaksin secara percuma daripada Kerajaan.

Ujarnya, dengan melengkapkan pengambilan akan menjamin keselamatan para pelajar apabila kembali memulakan sesi persekolahan kelak. – EDISI UKAS