RM1.79 Bilion Telah Diperuntuk Untuk DUN Daro Dalam Tempoh Lima Tahun

ISNIN, 27 SEPTEMBER 2021

DARO: Sebanyak RM1.79 bilion yang melibatkan 383 buah projek telah dan sedang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro sejak Safiee Ahmad diberi mandat menjadi wakil rakyatnya dalam tempoh lima tahun ini.

Peruntukan tersebut termasuk pelaksanaan projek Jambatan Muara Lassa, Daro.

Bercakap semasa Seminar Kepimpinan Komuniti DUN Daro yang dianjurkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Daro pada Sabtu, Safiee berkata, mandat yang diberikan kepada beliau sebagai wakil rakyat diterjemahkan kepada usaha gigih memastikan perancangan pembangunan akan terus diperjuangkan.

Ujarnya, beliau terus berusaha membawa pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat di DUN Daro.

Sementara itu, penganjuran seminar itu betujuan untuk memantapkan jentera parti PBB/GPS bagi DUN Daro sebagai persediaan menghadapi pilihan raya yang akan datang.

Pengisian program melibatkan pencerahan berkaitan kaedah pilihan raya dalam norma baharu. -EDISI UKAS