92 Pelajar SMK Merapok Terima Suntikan Vaksin COVID-19

SELASA, 28 SEPTEMBER 2021

LAWAS: Seramai 92 pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merapok menerima suntikan vaksin COVID-19. 

Mereka yang hadir ditemani ibu bapa dan penjaga telah hadir di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Aspirasi SMK Merapok Lawas pada Isnin. 

PPV SMK Merapok dibuka pada jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang. 

Proses pemberian vaksin COVID-19 berjalan lancar dan suasana terkawal dengan setiap pelajar dan ibu bapa serta penjaga yang hadir mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.-EDISI UKAS