Kemasukan Orang Awam Ke Pantai Telok Melano Dikawal Ketat

SELASA, 28 SEPTEMBER 2021

LUNDU: Pantai Telok Melano masih lengang meskipun Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memberikan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti beriadah baru-baru ini.

Ketua Kaum Kampung Telok Melano, Amezan Abdul Hassan memberitahu kebiasaannya pantai tersebut merupakan salah satu tarikan di daerah kecil Sematan dan kemasukan pengunjung ke pantai tersebut dikawal ketat buat masa ini.

“Kehadiran pelancong bagi melakukan aktiviti riadah dikawal buat masa sekarang dan hanya penduduk setempat sahaja dibenarkan mengunjungi pantai ini sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Jelasnya, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan (JKK) Kampung Telok Melano terus bekerjasama dalam usaha mengekang penularan COVID-19 bagi memastikan keselamatan penduduk kawasan tersebut. –EDISI UKAS