Ahli Parlimen Tanjong Manis Sumbang Bakul Makanan, Kerusi Roda

KHAMIS, 30 SEPTEMBER 2021

TANJONG MANIS: Sebanyak 110 set bakul makanan sumbangan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab telah diagihkan kepada keluarga yang menjalani kuarantin di Zon Tanjong Manis.

Agihan yang dilakukan pada Rabu di pejabat Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis turut dibantu ahli parti PBB N.41 Kuala Rajang dan ketua-ketua kaum.

Selain itu, Ir Yusuf juga turut menyumbang sebuah kerusi roda kepada Riji Badri dari Belawai bagi meringankan beban serta memudahkan pergerakan beliau dalam menjalani urusan harian.

Ir Yusuf dalam pada itu berharap bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga yang terjejas.

Beliau turut menasihatkan agar rakyat mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dari masa ke semasa dan mengekalkan disiplin diri bagi mengelak jangkitan COVID-19.

Para ibubapa disarankan agar membawa anak-anak mereka untuk menerima vaksin seperti yang sedang dilaksanakan sekarang ini. – EDISI UKAS