Datuk Amar Michael Manyin Buat Lawatan Mengejut Ke PPV Serian & PPV Tebedu

KHAMIS, 30 SEPTEMBER 2021

SERIAN: Menteri Pendidikan Sains Dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Michael Manyin Jawong membuat lawatan mengejut ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Serian dan PPV Dewan Masyarakat Tebedu, pada Khamis,

Lawatan ke kedua-dua PPV berkenaan adalah bagi meninjau operasi vaksinasi melibatkan murid-murid berusia 12 tahun dan pelajar berusia 16 dan 17 tahun.

Kehadiran beliau yang diiringi oleh Pegawai Pendidikan Daerah Serian, Chali Unggang turut memberi semangat dan sokongan moral kepada pelajar supaya tidak merasa takut apabila menerima suntikan vaksin COVID-19.

Hadir sama mengiringnya ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben, ADUN Bukit Semuja, John Ilus, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Dr Simon Sinang Bada dan Pegawai Daerah Tebedu, Joseph Liaw.

Sementara itu, Ketua Penyelaras PPV Tebedu, Dr Sharmira Muhammad Radzi berkata, seramai 402 orang pelajar menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19.

Katanya, semua pelajar terbabit dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebedu sahaja, manakala program vaksinasi untuk pelajar SMK Tebakang akan dimulakan esok (1 Oktober) hingga 3 Oktober 2021. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia