KHAMIS, 30 SEPTEMBER 2021
REPOK: Agihan bantuan makanan menjadi pengisian Program Ziarah UKAS Semarak Kemerdekaan sempena sambutan Hari Malaysia yang diadakan di DUN Repok pada Khamis.
Program itu dimeriahkan dengan kehadiran ADUN Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii yang kemudiannya merasmikan simbolik penyerahan bantuan makanan tersebut.
Penerima terdiri daripada golongan sasar seperti warga emas, asnaf, ibu tunggal dan OKU.
Menurut Dato’ Sri Huang, agihan bantuan itu sangat signifikan dengan keperluan rakyat pada masa kini dalam menjalani tempoh tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 kerana sudah semestinya ada di antara mereka yang terjejas.
Sehubungan itu, beliau amat berterima kasih kepada pihak Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) kerana sudi menganjurkan program seumpama ini di Pusat Khidmat Repok.
Antara pengisian aktiviti lain termasuk penyerahan bendera Malaysia dan Sarawak untuk diagihkan di kampung Melayu. – EDISI UKAS