Ziarah UKAS “Semarak Kemerdekaan” Bahagian Miri Santuni Anggota RELA

KHAMIS, 30 SEPTEMBER 2021

MIRI: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Bahagian Miri telah mengadakan Program Ziarah UKAS dengan menyerahkan sumbangan bantuan perubatan mencegah COVID-19 kepada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Ia adalah sebagai penghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat sepanjang pandemik dan membantu rakyat di Miri ini.

Kaunselor Dr. Vincent Huang Huat Choon yang mewakili Datuk Bandar Adam Yii ketika ditemui merakamkan ucapan penghargaan atas usaha UKAS menjalankan program itu dan berharap ia akan dianjurkan lagi pada masa akan datang.

“Kita harap melalui program ini kita dapat mengucapkan terima kasih kepada pihak RELA.

“Kita harap UKAS dapat menganjurkan program seperti ini lagi pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui selepas menerima barangan perubatan COVID-19 di Pujut pada Khamis.

Sementara itu, Pegawai RELA Daerah Miri, Mohamad Afizi merakamkan ucapan terima kasih kepada UKAS di atas jemputan dan sumbangan yang diberikan kepada mereka.

“Terima kasih di atas jemputan UKAS sempena Program Ziarah UKAS ‘Semarak Kemerdekaan’.

“Terima kasih juga di atas sumbangan pelitup muka sebanyak 300 kotak dan ia akan diagihkan kepada anggota-anggota RELA yang bertugas,” katanya.-EDISI UKAS