ADUN Kedup Serah Cek MRP RM79,000 & Sijil Pelantikan Setiausaha JKKK

JUMAAT, 1 OKTOBER 2021

SERIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben melakukan penyerahan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Pusat Khidmat DUN Kedup pada Jumaat.

Penerima cek MRP berjumlah RM79,000 melibatkan Persatuan Ibu bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebakang PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Menyan, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung, Biro Wanita, Persatuan Belia dan Persatuan Bahai.

Dalam majlis sama, Martin turut menyampaikan sijil pelantikan Setiausaha JKKK kepada seramai 12 orang penerima yang terdiri daripada Ketua Kaum, Tuai Rumah dan Ketua Biro Wanita dari kampung di kawasan DUN Kedup.

Beliau memaklumkan, penerima pada kali ini adalah kumpulan terakhir dan berharap peruntukan yang disalurkan dapat membantu mengurus dan dibelanjakan dengan berhemah. –EDISI UKAS