PERKESO Serah Bantuan Makanan Dan Peralatan Pemulihan Sempena Sambutan Jubli Emas

JUMAAT, 1 OKTOBER 2021

BINTULU: Pada tahun ini Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) meraikan dan memperingati Ulang Tahun Penubuhan PERKESO Ke 50 Tahun. 

Sempena UlangTahun Jubli Emas ini, PERKESO telah  menyerahkan pencen dan melaksanakan inisiatif menghantar bantuan bakul makanan serta peralatan pemulihan kepada penerima dalam membantu serta meringankan beban Orang Tanggungan (OT) dan Orang Berinsurans (OB) menjalani kehidupan seharian khususnya dalam keadaan pandemik COVID-19 ketika ini.

Seramai tiga orang penerima pencen ini dengan dua orang menerima Pencen Ilat dan seorang Pencen Penakat yang disampaikan Timbalan Pengurus Pejabat PERKESO Bintulu, Neili Stephen Manggang pada Jumaat.

Bagi Awang Mohamad Shom Awang Sam, beliau menerima Pencen Ilat seumur hidup selepas disahkan menghidap kelitan dan disyorkan menggunakan kerusi roda. 

Begitu juga Goh Chai Yin yang menerima Pencen Ilat selepas isterinya (Orang Berinsuran di bawah PERKESO) telah disyorkan menghidap keilatan dan memerlukan bekalan Diapers dan Regular Diet (Nasogastric Feeding).

Skim Keilatan adalah seseorang yang berinsuran dianggap sebagai mengidap keilatan apabila mengalami keuzuran yang berkekalan sama ada tidak boleh diubati atau tidak mungking sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga daripada keupayaan pekeraj yang normal. 

Sementara itu, Chiry Bako menerima Pencen Penakat selepas suaminya meninggal dunia akibat daripada sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. 

Beliau akan menerima penden ini seumur hidup dan juga anak-anaknya menerima faedah pencen sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin mengikut mana yang terdahulu. 

Begitu juga dengan anak yang belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), mereka akan mendapat faedah yang dibayar sehingga mendapat ijazah atau berkahwin (yang mana terdahulu).

Pencen Penakat dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila orang berinsuran (OB) meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. 

Syarat kelayakan, OB meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun dan memenuhi syarat kelayakan caruman dan OB meninggal dunia semasa sedang menerima Pencen Ilat tanpa mengambil kira had umurnya. 

Hadir sama wakil Ahli Parlimen Bintulu Steven Kong Kai Seng.-EDIDI UKAS