JUMAAT, 1 OKTOBER 2021
SIMANGGANG: Prihatin dengan golongan yang memerlukan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri turun padang memberikan sumbangan bantuan makanan kepada 19 keluarga pada Khamis.
Penerima sumbangan melibatkan penduduk dari Rumah Tuntun, Seduku Ili, Rumah Rawing, Entulang Baru dan Kampung Hilir Simanggang yang menjalani pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan kuarantin kendiri.
Simoi berharap agar bantuan tersebut dapat meringankan beban keluarga yang terkesan dengan pandemik COVID-19. –EDISI UKAS